Surat khabar lama kebiasaannya akan digunakan untuk membungkus sesuatu atau dibakar untuk melupuskannya.Secara tidak sedar surat khabar lama adalah merupakan salah satu material bagi menghasilkan sesuatu hasil kerja seni yang berkualiti.Pada mulanya saya tidak menyedari hakikat ini.Suatu hari ibu saya telah terpilih untuk menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh jabatan KEMAS,kursus ini berlangsung selama 3 hari bagi menjalankan program banteras kemiskinan.Selama 3 hari itu,ibu saya telah diajar bagaimana cara untuk membuat bakul daripada surat khabar lama dari proses permulaan iaitu menggulung kertas sehingga proses akhir iaitu menyapu syelek(kemasan).Peralatan bagi menjalankan aktiviti itu juga telah lengkap disediakan oleh pihak penganjur.Pelbagai alatan diberi secara percuma seperti "project kit",cutter,syelek,brush,dawai dan lain2lain lagi.Selesai kursus tersebut,ibu telah menurunkan ilmu yang telah dipelajarinya sepanjang kursus yang telah dihadiri.Sayapun berusaha mempelajarinya untuk menambah ilmu pengetahuan,secara tidak langsung ia menjadi kerja sampingan bagi menambah duit poket,kerana ada yang bertandang ke rumah dan berminat dengan hasil kerja saya dan menempahnya sebagai cendermata pada majlis-majlis dan sebagai simpanan peribadi(hiasan di rumah).Sekarang saya yang meneruskannya,dengan bantuan adik dan anak-anak saudara bagi menggulung kertas,kerja saya menjadi agak mudah.Budak-budak memang gemar melakukan aktiviti-aktiviti sebegini lebih-lebih lagi jika diberi sedikit upah sebagai ganjaran atau motivasi untuk mereka lebih berminat lagi untuk melakukan kerja-kerja ini.Secara tidak langsung ianya boleh memupuk semangat mereka supaya berusaha untuk mendapat sesuatu yang mereka inginkan.Di sini saya sertakan hasil kerja yang telah saya siapkan sebagai simpanan peribadi saya dan ada juga yang ditempah dan siap dihantar kepada pembeli/pelanggan.
Bakul telur
Harga bagi seunit bakul RM1.80
tidak termasuk kos penghantaran.
Anggaran saiznya adalah 3" tinggi tidak termasuk tangkainya.
Harga RM6 hingga RM8 mengikut jenis tangkainya
Tidak termasuk kos penghantaran.
Harga RM6 hingga RM8 mengikut jenis tangkainya
Tidak termasuk kos penghantaran.
Saiznya adalah 5" tinggi.
Harga RM8
Tidak termasuk kos penghantaran.
Bakul yang berbentuk jug air.
Saiznya adalah dianggarkan 6" tinggi siap bertutup.
Saiznya adalah dianggarkan 6" tinggi siap bertutup.
Harganya pula adalah RM12(jug sahaja).
Bagi satu set siap dengan 4 biji cwan,4 biji piring serta dulang,harganya adalah RM25.00.
Tidak termasuk kos penghantaran.
Bagi satu set siap dengan 4 biji cwan,4 biji piring serta dulang,harganya adalah RM25.00.
Tidak termasuk kos penghantaran.
Pasu
Saiz dianggarkan setinggi 15"(saiz boleh diubah mengikut kehendak pelanggan).
Harga dari RM35 hingga RM60,mengikut saiz yang yang dingini oleh pelanggan.
Tidak termasuk kos penghantaran.
Saiz dianggarkan setinggi 15"(saiz boleh diubah mengikut kehendak pelanggan).
Harga dari RM35 hingga RM60,mengikut saiz yang yang dingini oleh pelanggan.
Tidak termasuk kos penghantaran.